Total Tayangan Halaman

Kamis, 07 Juli 2011

SIFAT-SIFAT WANITA AHLI SURGA

Siapakah wanita yang menjadi
ahli Syurga? Apakah ciri-ciri
atau sifat-sifat yang menjadi
kunci bagi wanita memasuki
syurga? Sebuah hadis Nabi
menyatakan: Daripada Anas,
Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam
bersabda yang bermaksud:
"Apabila seorang perempuan
mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan
(Ramadhan), menjaga
kehormatan dan taat kepada
suami, dia akan disuruh
memasuki syurga melalui
mana-mana pintu yang dia sukai." (Hadis Riwayat
Ahmad) Menurut hadis di atas
sekurang-kurangnya ia telah
menggariskan empat dasar
atau sifat utama yang menjadi
teras bagi seorang wanita
muslimah memasuki syurga, iaitu menunaikan
kewajipannya kepada Allah
dalam makna melaksanakan
ibadah-ibadah yang
diwajibkan ke atasnya seperti
sembahyang, puasa, dan lain- lain ibadah wajib yang mampu
dilaksanakan.
Sebuah hadis menyebutkan
bahawa sembahyang adalah
perkara pertama yang akan
disoal di hari Kiamat. Daripada Abu Hurairah
Radhiallahu Anhu, Nabi
Sallallahu Alahi Wasallam
bersabda: "Sesungguhnya
perkara yang pertama sekali
dikira dari amalan hamba di hari kiamat ialah sembahyang;
sekiranya sembahyang itu
sempurna, maka beruntung
dan berjayalah dia, dan
sekiranya ia rosak, maka
kecewa dan rugilah dia, kalau kewajipan fardhu masih
kurang, Allah berfirman:
Lihatlah adakah amalan-
amalan sunat untuk
menyempurnakan
kekurangan tersebut. Demikianlah seterusnya
dengan amalan yang
lain" (Hadis riwayat at-Tirmizi)
Disamping menunaikan
kewajipan kepada Allah,
menunaikan hak dan kewajipan kepada suami juga
merupakan hal yang tidak
boleh diabaikan oleh seorang
wanita. Tertunainya hak dan
tanggungjawab suami barulah
akan turun keredhaan dan
rahmat Allah kepadanya.
Menjaga kehormatan diri juga
merupakan hal yang digariskan oleh hadis di atas.
Antara hal-hal yang boleh
diketegorikan dalam konteks
menjaga kehormatan itu ialah
mempunyai sifat pemalu, jika
suaminya keluar dia akan menguruskan dan menjaga
dirinya dan harta suaminya
dengan amanah. Bila suaminya
datang kepadanya dia akan
menjaga mulut daripada
menyebutkan perkataan yang tidak elok didengar. Sebuah hadis Nabi Sallallahu
Alaihi Wasallam menyatakan
bahawa: "Sesungguhnya sopan
santun dan keimanan adalah
saling berkaitan, jika salah
satunya dikeluarkan, yang satu lagi juga akan hilang
serentak." (Hadis Riwayat
Baihaqi) Maksud hadis ini ialah jika
kesopanan atau sifat malu
sudah hilang, iman juga akan
hilang bersama-samanya.
Betapa besarnya pengaruh
antara kesopanan dan keimanan kepada diri seorang
wanita itu, Nabi Sallallahu
Alaihi Wasallam menegaskan
dengan sabda baginda:
"Apabila sesesorang itu terlibat
dengan penzinaan, ia bukan lagi seorang beriman, apabila
seseorang itu mencuri ia bukan
lagi seorang beriman, apabila
seseorang itu meminum arak
ia bukan lagi seorang beriman,
apabila seseorang itu menyelewing setelah diberi
amanah oleh orang lain ia
bukan lagi seorang beriman,
dan apabila seseorang diantara
kamu menipu ia bukan lagi
seorang beriman, oleh itu berjaga-jagalah!" Taat kepada suami merupakan
satu lagi sifat wanita yang
digambarkan oleh hadis yang
dipaparkan di awal makalah
ini. Taat kepada suami adalah
tanggungjawab isteri yang wajib di sempurnakan. Sebuah
hadis yang diriwayatkan oleh
al-Imam Bazzar Nabi Sallallahu
Alaihi Wasallam bersabda:
"Kamu sampaikan kepada
perempuan yang kamu jumpa, bahawa taat kepada suami,
dan mengakui hak-hak suami,
sama pahalanya dengan
berperang dan bertempur
dengan musuh-musuh Islam di
medan pertempuran, tetapi sedikit sangat daripada isteri-
isteri yang menyempurnakan
hak-hak suami mereka." (Hadis
riwayat Al Imam Bazzar)
Isteri adalah pusat dan sumber
kebahagiaan dan ketenteraman di dalam sebuah
rumahtangga. Ia perlu
mempunyai sifat-sifat sabar
dan perhatian yang
sepenuhnya kepada suami dan
juga anak-anak. Sikap inilah yang boleh
mewujudkan suasana yang
tenang, aman dan damai dalam
rumahtangga. Dalam hal ini,
para isteri sayugialah akan
sentiasa bersikap baik kepada suami.
Saidina Abu Bakar Radhiallahu
Anhu meriwayatkan bahawa
Rasullullah Sallallahu Alaihi
Wasallam pernah bersabda:
"Seorang wanita yang menyakiti hati suami dengan
lidahnya, dia mendatangkan
celaan dan kemurkaan Allah,
para malaikat dan umat
manusia."
Selain itu, Saidina Ali Radhiallahu Anhu
meriwayatkan sebuah hadis
mengenai setiap isteri yang
tidak menghormati status
suaminya. "Wanita yang
berkata kepada suaminya yang tidak melihat apa-apa
kebaikan pada suaminya,
Allah menghapuskan segala
perbuatan baiknya selama 70
tahun, walaupun dia berpuasa
selama itu siang hari dan bersembahyang pada
malamnya." (Hadis Riwayat
Imam Majah dan An-Nasai) Berdasarkan huraian ringkas di
atas, para wanita
semestinyalah mengamalkan
sikap taat dan bertakwa
kepada Allah,
bertanggungjawab kepada suami dan menjaga
kehormatan dirinya. Semoga
dengan itu, akan mudahlah
mereka mendapat rahmat dan
keredhaan Allah. Rahmat dan
redha Allah itulah yang akan menjamin kebahagian
hidupnya di dunia dan di
akhirat.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar