Total Tayangan Halaman

Rabu, 06 Juli 2011

NASIHAT UNTUK WANITA SHALEHAH

1. Pertama urusan yang
ditanyakan pada hari akhirat
nanti ialah mengenai solat dan
mengenai urusan suaminya
(apakah ia menjalankan
kewajibannya atau tidak). 2. Apabila lari wanita dari
rumah suaminya tidak
diterima solatnya sehingga
kembali ia dan menghulurkan
tangannya kepada suaminya
(meminta ampun). 3. Mana-mana perempuan yang
memakai bau-bauan kemudian
ia keluar melintasi kaum lelaki
ajnabi agar mereka tercium
bau harumnya maka dia
adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang
memandang itu adalah zina.
4. Sebaik-baik wanita ialah
tinggal di rumah, tidak keluar
kecuali atas urusan yang
mustahak. Wanita yang keluar rumah akan dipesonakan oleh
iblis. Sabna Nabi s. a. w. :
Perempuan itu aurat, maka
apabila ia keluar mendongak
syaitan memandang akan dia.
5. Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki
haram melihat wanitayang
halal nikah kecuali dalam
urusan menuntut ilmu dan
berjual beli).
6. Diriwayatkan bahawa pada suatu hari ketika Rasulullah s.
a. w. bersama isteri-isterinya
(Ummu Salamah r. ha. dan
Maimunah r. ha.), datang
seorang sahabat yang buta
matanya (Ibnu Maktum) Rasulullah s. a. w. menyuruh
isteri-isterinya masuk ke
dalam. Bertanya Ummu
Salamah, “Bukankah orang itutidak dapat melihat kami,
Ya Rasulullah ?” Rasulullah s. a. w. menjawab, ”Bukankah kamu dapat melihatnya. ” 7. Perempuan yang
melabuhkan pakaian dalam
keadaan berhias (bukan untuk
suami dan mahramnya) adalah
seumpama gelap-gelita pada
hari Qiamat tiada Nur baginya. 8. Mana-mana wanita yang
bermasam muka
menyebabkan tersinggung
suaminya, maka wanita itu
dimurkai Allah sehingga ia
bermanis muka dan tersenyum mesra pada
suaminya.
9. Tidak boleh seorang isteri
mengerjakan puasa sunat
kalau suaminya ada dirumah
serta tidak seizinnya dan tidak boleh memasukkan seseorang
lelaki ke rumahnya dengan
tidak seizin suaminya.
10. Hendaklah isteri berpuas
hati (redha) dengan suaminya
yang telah dijodohkan oleh Allah, samada miskin atau
kaya.
11. Perempuan tidak berhak
keluar dari rumahnya
melainkan jika terpaksa
(kerana sesuatu urusan yang mustahak) dan ia juga tidak
berhak melalui jalan lalu lalang
melainkan ditepi-tepinya.
12. Apabila memanggil lelaki
akan isterinya ke tempat tidur
tetapi ditolaknya hingga marahlah suaminya, akan
tidurlah wanita itu dalam
laknat oleh malaikat ke pagi.
13. Wanita-wanita yang
menggunakan lidahnya untuk
menyakiti hati suaminya, ia akan mendapat laknat dan
kemurkaan Allah, laknat
malaikat juga laknat manusia
sekalian.
14. Tidak harus seseorang
manusia sujud kepada manusia dan jika diharuskan, maka
akan aku perintahkan semua
kaum wanita sujud pada
suaminya kerana
membesarkan dan
memuliakan hak-hak suami mereka.
15. Wanita yang menyakiti
hati suaminya dengan lidahnya
pada hari Qiamat nanti Allah
jadikan lidahnya sepanjang 70
hasta kemudian diikat kebelakang tengkoknya.
16. “Aku lihat api neraka, tidak pernah aku lihat seperti
hari ini, kerana ada
pemandangan yang dahsyat di
dalamnya. Telah aku saksikan
kebanyakkan ahli neraka ialah
wanita. ” Rasulullah s. a. w. ditanyai, “Mengapa demikian Ya Rasulullah?” Jawab Rasulullah s. a. w. “Wanita mengkufurkan suaminya dan
mengkufurkan ehsannya. Jika
engkau berbuat baik
kepadanya seberapa banyak
pun dia masih belum rasa
berpuas hati dan cukup. ” 17. “Kebanyakkan ahli neraka adalah terdiri dari kaum
wanita. ” Maka menangislah mereka dan bertanya salah
seorang daripada mereka,
“Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina
atau membunuh anak atau
kafir ?” Jawab Nabi s. a. w. “Tidak, mereka ini ialah mereka yang tidak bersyukur
akan nikmat suaminya,
sesungguhnya tiap-tiap
seorang kamu adalah dalam
nikmat suaminya. ” 18. Keadaan wanita 10 kali
ganda seorang lelaki di dalam
neraka dan 2 kali ganda
seorang lelaki di dalam syurga.
19. “Kebanyakkan wanita itu adalah isi neraka dan kayu
api.” Hazrat Aishah bertanya, “Mengapa wahai Rasulullah s. a. w. ?” Jawab Rasulullah s. a. w. :
i. Kerana kebanyakan
perempuan itu tidak sabar
dalam menghadapi kesusahan,
kesakitan dan cubaan seperti
kesakitan melahirkan anak, mendidik anak-anak dan
melayani suami serta
melakukan kerja-kerja rumah.
ii. Tiada memuji (bersyukur) di
atas kemurahan Allah yang
didatangkan melalui suaminya. (Jarang terdapat orang
perempuan yang mahu
mengucapkan terima kasih di
atas pemberian suaminya.)
iii Sering mengkufurkan
(engkar) terhadap nikmat Allah. (Contohnya :Apabila
berlaku sesuatu pertengkaran
ada isteri yang berkata sudah
10 tahun kahwin dengan
awak tidak ada apa-apapun.)
iv Gemar bercakap perkara yang sia-sia yang berdosa.
(Contohnya :bercakap
mengenai perabot-perabot
rumah yang tidak perlu dan
mengumpat.)
v Kurang akal dan kurang ilmu pengetahuannya dalam agama
iaitu mereka sering tertipu
atau terpengaruh dengan
pujuk rayu lelaki, rakan-
rakan, alam sekeliling dan
suasana serta kemewahan lahiriah.
20. Dari Ali bin Abi Talib r. a. :
Aku dengar Rasulullah s. a. w.
bersabda,
” Tiga golongan dari umatku akan mengisi nereka jahanam
selama 7 kali umur dunia.
Mereka itu adalah :-
a. Orang yang gemuk tapi
kurus
b. Orang yang berpakaian tetapi telanjang
c. Orang yang alim tapi jahil
* Adapun yang gemuk tapi
kurus itu ialah wanita yang
sihat tubuh badannya tetapi
kurang ibadat. * Orang yang berpakaian
tetapi telanjang ialah wanita
yang cukup pakaiannya tetapi
tidak taat agama.
* Orang yang alim tapi jahil
ialah ulamak yang menghalalkan yang haram
kerana kepentingan peribadi.
21. Asma ’ binti Kharizah Fazari r. ha. diriwayatkan telah
berkata kepada puterinya
pada hari perkahwinan
anaknya itu, “Wahai anakku, kini engkau akan keluar dari
sarang di mana engkau
dibesarkan. Engkau akan
berpindah ke sebuah rumah
dan hamparan yang belum
engkau kenali. Itulah suami mu. Jadilah engkau tanah bagi
suami mu (taat perintahnya)
dan ia akan menjadi langit bagi
mu (tempat bernaung). Jadilah
engkau sebagai lantai supaya
ia dapat menjadi tiangnya. Jangan engkau bebani dia
dengan berbagai kesukaran
kerana itu akan
memungkinkan ia
meninggalkan mu. Kalau ia
mendekatimu, dekatilah ia dan jika ia menjauhi mu maka
jauhilah ia dengan baik.
Peliharalah benar-benar suami
mu itu akan hidungnya,
pendengarannya, matanya dan
lain-lain. Janganlah pula ia mendengar melainkan yang
enak dan janganlah ia melihat
melainkan yang indah sahaja
pada dirimu. 22. Pesanan Luqman kepada
anaknya, “Sepanjang hidupku, aku hanya memilih 8 kalimah
dari pusaka para Nabi yang lalu
iaitu :-
a. Apabila engkau sedang solat
kepada Allah s. w. t. maka
jagalah baik- baik fikiran mu. b. Apabila engkau berada di
rumah orang lain, maka
jagailah pandangan mu.
c. Apabila engkau berada di
tengah-tengah majlis maka
jagalah lidah mu. d. Apabila engkau hadir dalam
jamuan makan maka jagalah
perangai mu.
e. Ingat kepada Allah s. w. t.
f. Lupakan budi baik mu pada
orang lain. g. Lupakan semua kesalahan
orang lain terhadapmu.
h. Ingat kepada mati
23. Perkara-perkara yang
menjadikan wanita itu
derhaka kepada suaminya seperti tersebut di dalam kitab
Muhimmah :-
a. Menghalang suami dari
bersuka-suka dengan dirinya
samada untuk jimak atau
menyentuh mana-mana bahagian tubuhnya.
b. Keluar rumah tanpa izin
suami samada ketika suami
ada di rumah atau pun tidak.
c. Keluar rumah kerana belajar
ilmu yang bukan ilmu Fardhu Ain. Dibolehkan keluar untuk
belajar ilmu Fardhu Ain jika
suaminya tidak mampu
mengajar.
d. Enggan berpindah
(berhijrah) bersama suaminya. e. Mengunci pintu, tidak
membenarkan suami masuk
ke rumah ketika suami ingin
masuk.
f. Bermasam muka ketika
berhadapan dengan suami. g. Minta talak.
h. Berpaling atau
membelakangi suami ketika
bercakap.
i. Menyakiti hati suami samada
dengan perkataan atau perbuatan.
j. Meninggalkan tempat tidur
tanpa izin.
k. Membenarkan orang lain
masuk ke dalam rumah
sedangkan ia tidak disukai oleh suaminya.
24. Wajib bagi wanita :-
a. Mengekalkan malu pada
suaminya.
b. Merendahkan
(menundukkan) mata ketika berpandangan.
c. Mengikut kata-kata dan
suruhannya.
d. Dengar dan diam ketika
suami berkata-kata.
e. Berdiri menyambut kedatangannya.
f. Berdiri menghantar
pemergiannya.
g. Hadir bersamanya ketika
masuk tidur.
h. Memakai bau-bauan yang harum untuk suaminya.
i. Membersihkan dan
menghilangkan bau mulut
untuk suaminya.
j. Berhias ketika hadirnya dan
tinggalkan hiasan ketika tiadanya.
k. Tiada khianat ketika tiada
suaminya.
l. Memuliakan keluarga
suaminya.
m. Memandang pemberian suaminya yang kecil sebagai
besar dan berharga.
n. Ketahuilah, syurga dan
neraka bagi seorang wanita itu
bergantung pada redha atau
tidaknya suami padanya. Ada 6 pesanan untuk kaum
wanita dapat diamalkan di
dalam kehidupan seharian
untuk hidupkan suasana Iman
dan Amal di dalam
rumahtangga. Apabila ada suasana agama dalam
kehidupan maka hidayat dan
nusrah (pertolongan) dari
Allah akan datang.
Rumahtangga dirahmati Allah,
keberkatan dalam kehidupan kita dan ketenangan dalam
jiwa kita. 6 pesanan itu adalah
amalan nurani.
Amalan itu ialah :- 1. Solat di awal waktu dan
galakkan kaum lelaki yang
mahram bersolat ditempat di
mana azan dilaungkan iaitu di
masjid atau di surau.
2. Istiqamah membaca Al- Quran dan berzikir. – Hak Al- Quran hendaklah khatam2X
setahun. Jadi lapangkan tiap-
tiap hari untuk membacanya.
Disamping ituhendaklah kita
mengingati Allah dalam apa
keadaan kita sekalipun dan dimana kita berada. Dengan
melihat setiap ciptaan Allah
kita dapat mengingati Allah s.
w. t. Maka dianjurkan supaya
dapat kita melapangkan
waktu pagi (lepas subuh) dan petang hari (lepas Asar) untuk
mewiridkan kalimah-kalimah
tasbih, tahmid, tahlil dan
takbir ie “Subhanallah Walhamdulillah Wala ilaha
illallah Wallahu Akbar ” jika mampu boleh di sambung “Wa la
hawlawalaquwataillabillahi ’aliyil ’azim” 100X. Selawat ke atas Nabi
100X dan beristighfar 100X.
Selain daripada itu amalkanlah
doa-doa masnun – doa yang diucapkan ketika melakukan
sesuatu perbuatan ie masa
hendak makan, tidur, masuk
dan keluar tandas dsb.
3. Istiqamah menghidupkan
Takleem dan Taklum (belajar dan mengajar ilmu agama). – Lapangkanlah masa yang
sesuai walau seketika supaya
semua ahli keluarga dapat
menghidupkan majlis ilmu ini.
Duduklah seperti duduknya
kita di dalam solat ie menutup aurat, berkeadaan suci dan
berbau wangi. Majlis
mempelajari agama ini
terbahagi kepada dua iaitu :
Pertama – Majlis berkenaan hadis-hadis mengenai
kelebihan beramal. Ini adalah
untuk menimbulkan
keghairahan dalam ahli
keluarga untuk beramal.
Kedua – Majlis berkenaan masalah-masalah agama
(hukum- ahkam dalam ibadat).
Wajib suami untuk mengajar
anak dan isteri mengenainya.
Jika tidak tahu wajib
atasnyauntuk belajar. 4. Mendidik anak secara agama
dan sunnah.
5. Hidup sederhana.
6. Menggalakkan suami /
mahram yang lelaki untuk
usaha atas agama dakwah illallah (mengembangkan
agama). – Secara Baironi : di luar kampung halaman kita
dan Maqami : Di dalam qariah
kampung halaman kita.
Akhir sekali semoga kita
sama-sama dapat
mengamalkan 6 pesanan ini dalam rumahtangga kita
secara istiqamah dan ikhlas
setiap hari. Juga untuk jadi
isteri yang beriman dan
solehah hendaklah kita taat
pada suami. Jika suami redha ke atas kita maka Allah s. w. t.
akan redha ke atas kita.
Berzikir ,berdoa, beristighfar,
membaca Al-Quran dan
berselawat adalah amalan-
amalan utama yang harus dikekalkan oleh setiap umat
islam untuk kesempurnaan
Iman dan Islamnya. Semuanya
itu menjadi penawar bagi hati
dan jiwa yang rusuhdan resah
gelisah. Semoga bermanfa'at

Tidak ada komentar:

Posting Komentar