Total Tayangan Halaman

Rabu, 06 Juli 2011

:: Keistimewaan seorang wanita ::

1. Doa wanita lebih makbul
daripada lelaki karena sifat
penyayang yang lebih kuat
daripada lelaki. Ketika ditanya
kepada Rasulullah s.a.w. akan
hal tersebut, jawab baginda: "Ibu lebih penyayang daripada
bapa dan doa orang yang
penyayang tidak
akan sia-sia." 2. Seorang wanita solehah
adalah lebih baik daripada 70
orang wali. 3. Seorang wanita solehah
adalah lebih baik daripada 1000
lelaki soleh. 4. Barang siapa yang
menggembirakan anak
perempuannya, darjatnya
seumpama orang yang
sentiasa menangis kerana
takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah
s.w.t. akan diharamkan api
neraka ke atas tubuhnya. 5. Barang siapa yang
membawa hadiah contoh
barang makanan dari pasar ke
rumah lalu diberikan kepada
keluarganya, maka pahalanya
seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak
perempuan daripada anak
lelaki. Maka barangsiapa yang
menyukakan anak perempuan
seolah-olah dia memerdekakan
anak Nabi Ismail a.s. 6. Tidaklah seorang wanita
yang haidh itu, kecuali
haidhnya merupakan kifarat
(tebusan) untuk dosa-dosanya
yang telah lalu, dan apabila
pada hari pertama haidhnya membaca: "Alhamdulillahi' alaa Kulli Hal
Wa Astaghfirullah Min Kulli
dzanbin”. Segala puji bagi Allah dalam
segala keadaan dan aku
mohon ampun kepada Allah
dari segala dosa."; maka Allah menetapkan dia
bebas dari neraka dan dengan
mudah melalui shiratul
mustaqim yang aman dari
seksa, bahkan AllahTa'ala
mengangkatnya ke atas darjat, seperti darjatnya 40
orang mati syahid, apabila dia
selalu berzikir kepada Allah
selama haidhnya. 7. Wanita yang tinggal
bersama anak-anaknya akan
tinggal bersama aku
(Rasulullah s.a.w.) di dalam
syurga. 8. Barang siapa mempunyai
tiga anak perempuan atau tiga
saudara perempuan atau dua
anak perempuan atau dua
saudara perempuan, lalu dia
bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan
mendidik mereka dengan
penuh rasa taqwa serta
bertanggung jawab, maka
baginya balasan syurga. 9. Daripada Aisyah r.ha.
"Barang siapa yang diuji
dengan sesuatu daripada anak-
anak perempuannya, lalu dia
berbuat baik kepada mereka,
maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada
api neraka." 10. Syurga itu di bawah
telapak kaki ibu. 11. Apabila memanggil akan
engkau dua orang ibu bapamu,
maka jawablah panggilan
ibumu dahulu. 12. Wanita yang taat
berkhidmat kepada suaminya
akan tertutup pintu-pintu
neraka dan terbuka pintu-
pintu syurga. Masuklah dari
mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak
dihisab. 13. Wanita yang taat akan
suaminya, semua ikan-ikan di
laut, burung di udara, malaikat
di langit, matahari dan bulan,
semuanya beristighfar baginya
selama mana dia taat kepada suaminya dan meredhainya
(serta menjaga sembahyang
dan puasanya). 14. Aisyah r.ha. berkata "Aku
bertanya kepada Rasulullah
s.a.w. siapakah yang lebih
besar haknya terhadap
wanita ?" Jawab baginda,
"Suaminya" "Siapa pula berhak terhadap lelaki ?" Jawab
Rasulullah s.a.w. "Ibunya". 15. Seorang wanita yang
apabila mengerjakan solat lima
waktu, berpuasa wajib
sebulan (Ramadhan),
memelihara kehormatannya
serta taat kepada suaminya, maka pasti akan masuk
syurga dari pintu mana saja
yang dia kehendaki. 16. Tiap perempuan yang
menolong suaminya dalam
urusan agama, maka Allah
s.w.t. memasukkan dia ke
dalam syurga lebih dahulu
daripada suaminya(10,000 tahun). 17. Apabila seseorang
perempuan mengandung janin
dalam rahimnya, maka
beristighfarlah para malaikat
untuknya. Allah
s.w.t.mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000
kebaikan dan menghapuskan
darinya 1,000 kejahatan. 18. Apabila seseorang
perempuan mulai sakit hendak
bersalin, maka Allah s.w.t.
mencatatkan baginya pahala
orang yang berjihad pada jalan
Allah s.w.t. 19. Apabila seseorang
perempuan melahirkan anak,
keluarlah dia daripada dosa-
dosa seperti keadaan ibunya
melahirkannya. 20. Apabila anak yang lahir
disusui, setiap tegukan
susunya itu akan diberikan
satu kebajikan. 21. Apabila semalaman si Ibu
tidak tidur kerana menjaga
anak yang sakit, Allah s.w.t
akan memberikan pahala
seperti memerdekakan 70
orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah
s.w.t. 22. Apabila seorang wanita
mencucikan pakaian suaminya,
maka Allah mencatatkan
baginya seribu kebaikan, dan
mengampuni dua ribu
kesalahannya, bahkan segala sesuatu yang disinari suria
akan meminta keampunan
baginya, dan Allah
mengangkatkannya seribu
darjat. 23. Mana-mana wanita yang
menunggu suaminya hingga
pulanglah ia, disapukan
mukanya, dihamparkan
duduknya atau menyediakan
makan minumnya atau merenung ia pada suaminya
atau memegang tangannya,
memperelokkan hidangan
padanya,memelihara anaknya
atau memanfaatkan hartanya
pada suaminya kerana mencari keredhaan Allah, maka
disunatkan baginya akan tiap-
tiap kalimah ucapannya,tiap-
tiap langkahnya dan setiap
renungannya pada suaminya
sebagaimana memerdekakan seorang hamba. 24. Tidakkan putus ganjaran
dari Allah kepada seorang
isteri yang siang dan
malamnya menggembirakan
suaminya. 25. Wanita yang melihat
suaminya dengan kasih sayang
dan suaminya melihat
isterinya dengan kasih sayang
akan di pandang Allah dengan
penuh rahmat. 26. Jika wanita melayan suami
tanpa khianat akan mendapat
pahala 12 tahun solat. 27. Wanita yang melayan
dengan baik suami yang
pulang ke rumah di dalam
keadaan letih akan mendapat
pahala jihad.. 28. Dari Hazrat Muaz : Mana-
mana wanita yang berdiri atas
dua kakinya membakar roti
untuk suaminya hingga muka
dan tangannya kepanasan oleh
api,maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran
api neraka. 29. Thabit Al Banani berkata:
Seorang wanita dari Bani Israel
yang buta sebelah matanya
sangat baik khidmatnya
kepada suaminya. Apabila ia
menghidangkan makanan dihadapan suaminya,
dipegangnya pelita sehingga
suaminya selesai makan. Pada
suatu
malam pelitanya kehabisan
sumbu, maka diambilnya rambutnya dijadikan sumbu
pelita.
Pada keesokkannya matanya
yang buta telah celik. Allah
kurniakan keramat
(kemuliaan pada perempuan itu kerana memuliakan dan
menghormati suaminya). 30. Pada suatu ketika di
Madinah, Rasulullah s.a.w.
keluar mengiringi jenazah.
Baginda dapati beberapa orang
wanita dalam majlis itu.
Baginda lalu bertanya, "Adakah kamu
menyembahyangkan
mayat ?" Jawab
mereka,"Tidak" Sabda Baginda,
"Seeloknya kamu sekalian
tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi
tinggallah di rumah dan
berkhidmatlah kepada suami
nescaya pahalanya sama
dengan ibadat-ibadat orang
lelaki. 31. Wanita yang memerah susu
binatang dengan 'Bismillah'
akan didoakan oleh binatang
itu dengan doa keberkatan. 32. Wanita yang menguli
tepung gandum dengan
Bismillah', Allah akan
berkatkan rezekinya. 33. Wanita yang menyapu
lantai dengan berzikir akan
mendapat pahala seperti
meyapu lantai di Baitullah. 34. "Wahai Fatimah, untuk
setiap wanita yang
mengeluarkan peluh ketika
membuat roti, Allah akan
membinakan 7 parit diantara
dirinya dengan api neraka, jarak diantara parit itu ialah
sejauh langit dan bumi." 35. "Wahai Fatimah, bagi setiap
wanita yang memintal
benang, Allah akan
mencatatkan untuknya
perbuatan baik sebanyak utus
benang yang dibuat dan memadamkan seratus
perbuatan jahat." 36. "Wahai Fatimah, untuk
setiap wanita yang
menganyam akan benang
dibuatnya, Allah telah
menentukan satu tempat khas
untuknya di atas takhta di hari akhirat." 37. "Wahai Fatimah, bagi setiap
wanita yang meminyakkan
rambut anaknya,
menyikatnya, mencuci
pakaian mereka dan mencuci
akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya
pekerjaan baik sebanyak helai
rambut mereka dan
memadamkan
sebanyak itu pula pekerjaan
jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata
orang-orang yang
memerhatikannya. " 38. Sabda Nabi s.a.w.: "Ya
Fatimah barang mana wanita
meminyakkan rambut dan
janggut suaminya, memotong
misaim dan mengerat
kukunya, Allah akan memberi minum akan dia dari sungai
sungai serta diringankan Allah
baginya sakaratul maut dan
akan didapatinya kuburnya
menjadi sebuah taman
daripada taman- taman syurga dan dicatatkan Allah baginya
kelepasan dari api neraka dan
selamatlah ia melintas Titian
Shirat."

Tidak ada komentar:

Posting Komentar