Total Tayangan Halaman

Rabu, 06 Juli 2011

KEBENARAN ISLAM MELAMPAUI SAINC MODERN

Sejak 125 tahun lalu, GMT telah
diterima pakai sebagai wilayah
yang dijadikan ukuran awal
waktu dunia karena dilalui
titik nol darjat. Penentuan titik
ini penting untuk mempermudah ukuran waktu
perjalanan dan komunikasi
antara-negara. Bagi Arab Saudi, Makkah
dianggap lebih tepat sebagai
episentrum dunia. Kota suci
umat muslim tersebut adalah
diakui sebagai wilayah tanpa
kekuatan magnetik oleh peneliti Mesir seperti Abdel-
Baset al-Sayyed. Artinya,
jarum kompas tidak bergerak
saat di Makkah. “Itulah mengapa ketika seseorang berpergian ke
Makkah atau tinggal di sana,
mereka tinggal lebih lama dan
lebih sehat karena hidupnya
lebih sedikit dipengaruhi oleh
gravitasi, ” jelas al-Sayyed Bagaimanakah anda mengacau
makanan atau minuman?
Menggunakan arah jam atau
arah lawan jam? Berpandukan sunnah
Rasulullah, baginda sentiasa
mengacau dengan
menggunakan arah lawan jam.
Tentu ada hikmah tersirat di
sebalik perbuatan Rasulullah yang mulia. Mari kita soroti,
mudah-mudahan Allah
memberi kita petunjuk. Pergerakan cytoplasm di
dalam sel adalah mengikut
arah lawan jam.Pergerakan
cytoplasm di dalam sel adalah
mengikut arah lawan
jam.Begitu juga peredaran bulan beredar mengelilingi
bumi, dan bumi beredar
mengelilingi matahari,
mengikut arah lawan
jam.Planet-planet di angkasa
juga mengelilingi Matahari dalam gerakan arah lawan
jam.Matahari berputar pada
paksinya juga mengikut arah
lawan jam.Tidak dilupakan,
galaksi juga bergerak
mengikut arah lawan jam. Mengikut artikel “Rahsia Kaabah” yang saya baca di sini, dijelaskan bahawa antara
faktor-faktor yang
menyebabkan pusaran tenaga
sangat besar di Kaabah dan
mengapa berdoa di Multazam
sangat mustajab ialah kerana arah tawaf mengikut arah
lawan jam. Bagaimana? Dalam fizik, Hukum Tangan
Kanan (Right Hand Rule)
menerangkan bahawa jika ada
sebatang konduktor yang di
kelililingi oleh arus yang
mengalir mengikut arah lawan jam, maka akan terhasil suatu
daya elektromagnetik yang
menghala ke atas. Ketika jutaan orang sedang
bertawaf mengelilingi Kaabah,
hal ini seperti ada suatu arus
elektrik yang besar, terjana
daripada bio electrons dalam
tubuh manusia, bergerak mengikut arah lawan jam
yang mengelilingi Kaabah.
Hasilnya ialah gelombang
elektromagnetik yang keluar
dari Kaabah. Jadi dari situlah rahsia
mengapa apabila kita berdoa di
Multazam sangat mustajab. Ini
kerana tenaga dari doa kita
menumpang gelombang
elektromagnetik yang keluar dari Kaabah. Maka kekuatan
doa kita menjadi berlipat kali
ganda. Dalam persoalan mengacau
makanan dan minuman
mengikut arah lawan jam,
saya pernah terbaca bahawa
pakar metafizik mengatakan
bahawa cara kacau air mengikut arah lawan jam
dapat menghasilkan tenaga
positif. Mungkin ia
menggunakan prinsip yang
sama, berpandukan Hukum
Tangan Kanan. Sebab itulah banyak terapi melalui
minuman selalunya
mempunyai arahan supaya
dikacau minuman tersebut
melalui lawan arah jam. Kitaran hayat manusia melalui
arah jam, sekirannya kita
melawan arah jam, kita
melawan penuaan dan
menyihatkan badan kerana
pergerakan cytoplasm di dalam sel manusia adalah
mengikut arah lawan jam. Subhanallah….ikutlah sunnah nabi saw semoga kita akan
sentiasa sihat Disalin dengan sedikit ubahsuai
dari : http:// thebest4u.wordpress.com/2011/04/04/
mengapa-rasa-sihat-di-mekah/ Sesungguhnya orang yang
beriman itu ialah orang yang
apabila disebutkan Allah akan
gementar hati mereka, dan
apabila dibacakan ayat-ayat-
Nya (ayat-ayat Allah) akan bertambahlah iman mereka,
dan kepada Rab (Tuhan)
mereka bertawakal. ( Surah
an-Anfal : Ayat 2 ) Wallahua'lam

Tidak ada komentar:

Posting Komentar