Total Tayangan Halaman

Kamis, 07 Juli 2011

CIRI CALON SUAMI SHALEH DAN ISTRI SHALEHAH

Kuat amalan agamanya.
Menjaga solat fardhu, kerap
berjemaah dan solat pada awal
waktu. Auratnya juga
sentiasa dipelihara dan
memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama
sewaktu bersukan.Akhlaknya
baik, iaitu seorang yang
nampak tegas, tetapi
sebenarnya seorang yang
lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga
mesti sopan, melambangkan
peribadi dan hatinya yang
mulia.Tegas mempertahankan
maruahnya. Tidak berkunjung
ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan
kredibilitinya.Amanah, tidak
mengabaikan tugas yang
diberikan dan tidak
menyalahgunakan kuasa dan
kedudukan.Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu
membelanjakan wang dengan
bijaksana.Menjaga mata
dengan tidak melihat
perempuan lain yang lalu
lalang ketika sedang bercakap- cakap.Pergaulan yang terbatas,
tidak mengamalkan cara hidup
bebas walaupun dia tahu
dirinya mampu berbuat
demikian.Mempunyai rakan
pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu
biasanya
sama.Bertanggungjawab.
Lihatlah dia dengan keluarga
dan ibu bapanya.Wajah yang
tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja
atau masa kecemasan. ermm nak jadi lelaki yang baik
antaranya adalah ;
jadikan lah amal ibadat amal
soleh itu sebagai kekasih yang
utama… kerana dialah dapat manjaga
kita selama-lamanya …. setia menemani kita dalam
apa-apa jua keadaan
susah dan senang kita ,,
bila kita mati dialah akan
menjaga diri kita,,
bila di akhirt dia lah akan membawa kita ke syurga
dialah akan membimbing kita
semasa melalui titian
siratulmustaqim dengan cepat
dan selamat.. akan ke syurga
bersama-sama.. selamanya … amin cintailah dia dan hidup
kita akan sempurna dunia dan
akhirat amin insyaallah..
ini janji Allah … ...... ciri ciri wanita solehah idaman
lelaki soleh 1. Kecantikan Dalaman~
Wanita yang tulen adalah
wanita yang lemah lembut
dalam pewarakannya tetapi
prinsip dan nilai hidupnya
begitu agung dan tinggi merantai dirinya.Itulah
kecantikan dalaman yang
sukar ditandingi. 2. Keanak-anakan~
Lelaki suka membela, menjaga,
membimbing dan melindungi
justeru mereka boleh
berperanan menjadi pelindung
kepada mereka.Keperibadian wanita yang manja keanak-
anakan memang merupakan
salah satu keindahannya
namun tidaklah berkeanak-
anakan yang melampau
kerana akan menunjukkan bahawa diri wanita itu tidak
matang. 3. Cantik~
NAFSU mengatakan wanita
cantik pada rupanya,AKAL
mengatakan wanita cantik
pada ilmu dan
kepandaiannya,HATI mengatakan wanita itu cantik
pada akhlaknya. 4. Berakhlak Mulia~
"Dunia adalah perhiasan dan
sebaik-baik perhiasan dunia
adalah wanita yang
solehah"Sebagai ibu, terukir di
paparan dada.Sebagai isteri, pengubat duka nan
lara.Sebagai kekasih, dirindui
saban ketika.Sebagai
mujahidah, berdiri dibelakang
mujahidin.~Ciri-ciri wanita
yang solehahTaat kepada Allah.Berbuat baik kepada ibu
bapa.Sentiasa taat dan
berkhidmat kepada suami
dengan sepenuh hati.Menutup
dan menjaga aurat.Tidak
berhias apabila keluar rumah.Tidak keluar
bersendirian atau bersama
lelaki ajnabi kecuali bersama
mahram.Berbuat baik dengan
jiran tetangga.Suka
mempunyai anak yang ramai dan berusaha untuk mendidik
mereka. 5. Berpegang pada agama~
"Dikahwini wanita itu kerana
4 perkara, kecantikannya,
hartanya, keturunannya, dan
agamanya. Pilihlah yang paling
beragama" 6. Dari keturunan yang baik-
baik.~
Seorang wanita yang dari
keturunan yang baik2 mudah
diterima lelaki. Namun wanita
yang berasal dari keturunan yang hina seperti anak zina
atau sebagainya tidak wajar
merasakan dirinya tidak layak
menjadi wanita idaman. Islam
mengangkat tinggi umatnya
yang bertaubat dan sentiasa memperbaiki diri kerana
taqwa menjadi darjat
kemuliaan disisi Allah. 7. Bijaksana~
Saidatina Aisyah r.a.
merupakan seorang tokoh
intelektual terbilang.
Sebanyak 2210 hadis sahih
berjaya diriwayatkan selama 9 tahun hidup bersama
Rasulullah s.a.w. Beliau
merupakan fuqoha' (ahli
hukum) Madinah yang unggul
dan juga berpengetahuan
dalam bidang perubatan.~Wanita idaman
lelaki ialah wanita yang pandai
tetapi tidak menunjuk-nunjuk
pandai kerana ianya mencabar
ego lelaki lalu menyebabkan
lelaki menyampah terhadapnya. 8. Tidak mempamerkan
keseksian~
"Wanita yang berpakaian
tetapi sebenarnya telanjang
untuk mencari perhatian lelaki,
yang melenggok-lenggokkan tubuhnya, yang kepalanya
seperti punuk (bonggol) unta,
mereka itu tidak akan masuk
syurga" 9. Tidak Cerewet~
Wanita yang cerewet boleh
merimaskan lelaki dan mudah
menyebabkan lelaki
menyampah terhadapnya. 10. Memahami lelaki~
Contoh: Yang berlaku: "Itulah
abang! Asyik bekerja aje.
Mementingkan diri sendiri...
Tak ingat nak balik rumah...
Tak abis-abis layan kawan.. kawan.. kawan... Hal rumah ni
takkan nak suruh saya buat
sorang!"Yang sebenarnya
berlaku: Di pejabat, bos
sambung meeting hingga
pukul 7 malam. Singgah solat Maghrib di masjid. Ada
penceramah idola. Dengar
ceramah sehingga solat isyak.
Dalam perjalanan pulang,
kawan lama telefon minta
jumpa di warung ada hal penting katanya. Pukul 10
malam baru sampai di rumah. 11. Tidak terlampau cemburu~
"Tidak boleh iri hati melainkan
dalam dua perkara iaitu
seseorang yang telah
dikurniakan Allah harta lalu
dihabiskan dijalan Allah dan orang yang dikurniakan ilmu
pengetahuan, lalu ia
mengeluarkan hukum
berpandukan ilmunya (al-
Quran dan Hadis) serta
diajarkan kepada orang lain" (riwayat Al-Bukhari dan
Muslim) 12. Sejuk mata memandang.
~Bersopan-santun, sentiasa
memaniskan muka~ Sentiasa
senyum~Menutup
aurat~Ramah dan
mesra~Menundukkan pandangan. 13. Pandai menaikkan
semangat dan bermotivasi~
Lelaki lebih tertarik untuk
mencari wanita yang pandai
menaikkan semangat dan
bermotivasi ketika dia memerlukannya. 14. Canggih~
Wanita yang pandai
menyesuaikan diri dengan arus
perkembangan semasa tetapi
masih mengekalkan ciri-ciri
wanita Islam yang berakhlak mulia dan menutup aurat. 15. Mempunyai persamaan
yang bermakna~
Suatu hari,Imam Malik hairan
melihat burung merpati dan
gagak berkumpul bersama.
Dengan spontan beliau berkata,"Kedua-duanya
bersatu padahal jenisnya tidak
sama". Ketika burung itu
terbang,beliau melihat
keduanya masih ada
persamaan iaitu kedua-duanya cacat. Lalu beliau
berkata,"Sebab itulah burung
itu dapat bersatu". 16. Pemaaf~
Wanita yang suka mendahului
meminta maaf walaupun
dirinya tidak bersalah
digambarkan mempunyai
peribadi yang unggul dan mudah disayangi. 17. Seimbang~
Seimbang dari sudut
pergaulan, keagamaan,
pengurusan diri, dan
pengurusan masa. 18. Berkeyakinan diri 19. Mempunyai 'body
language' yang baik.(Diulangi,
body language ye,samada cara
percakapan,kawalan diri di
hadapan org ramai dan
sbgnya.Yang penting bukan bentuk body seseorang
wanita itu yg jd ukuran..:p)

Tidak ada komentar:

Posting Komentar